Once Inspirit , Forever an Inspirit .


                                   

                                                             Assalamualaikum :)



Alhamdulillah dah habis berbuka . Bila perut dah kenyang, mulalah badan ni rasa liat nak buat kerja sekolah. Duhai. Kerja dah la makin berlambak sekarang ni, puncanya sebab selalu bertangguh la ni . Lepas habis je update entri ni kat dalam blog, ecah nak buat assignment yang cikgu bagi nanti . Nak cari bahan tambahan sikit and then buat borang soal selidik untuk 20 orang responden.

Okeyy berbalik kepada tajuk yang sebenar kayh. Btw, mesti korang tertanya-tanya kan apa maksud nama blog ecah ni? Aisyahh's Inspirit . Hemm. I'm  bet ramai blogger yang dah tak cam blog ni. Sesiapa yang selalu blogwalking blog Gadis Ungu tu maybe kenal ecah kut hahaha .

Emm, back to the main topic! Korang pernah dengar tak perkataan Infinite? Biasanya perkataan ni selalu ada dalam Mathematic. Actually, perkataan Inspirit dengan Infinite ada kaitan dengan apa yang ecah nak kasitau sesuatu ni. Hahahaha. Just guess it? Apa yang ecah nak kasitau kat korang pasal Infinite dengan Inspirit ni?

Sesiapa yang minat kpop, ecah rasa tau kutt hahaha. Infinite adalah salah satu kpop boyband yang ada diKorea. Dan group ni adalah salah satu group first sekali yang ecah minat selepas GOT7 . Tapi dorang ni tak adalah ann femes cam group EXO, Big Bang dengan BTS . Eventhough dorang tak femes kat Malaysia, dorang still boyband top 3 yang ada dalam senarai kegemaran ecah kayy <3 <3 ececey.

Fanclub group ni, fans Infinite digelar Inspirit. Kira Inspirit ni macam fans kepada group Infinite la hahaha. Group Infinite ni start debut pada 9 June 2010. So right now, dah 5 tahun dorang berkecimpung dalam bidang muzik kpop ni. Dulu kpop boyband ni taklah sepopular macam sekarang. Tapi hasil berkat dorang untuk jadi kpop boyband yang terbaik, so makin lama makin naiklah nama group ni kat merata rata tempat.

Ecah start minat Infinite tahun lepas .Tak silap bulan Julai rasa. Time birthday ecah sendiri Hahaha. Baru je lagi. Hmm, dorang ni jugak dah achieve banyak awards sejak start debut. Macam contoh tahun lepas dalam Mama Awards 2014, dorang dapat anugerah Best Kpop  Male Group Dance tak silap apa ntah dah tak ingat. And member2 Infinite jugak banyak yang berlakon dalam drama muahaha.

Ecah ada sertakan music video dia sekali kat bawah ni. So, tengoklah kalau rajin. Kalau tak nak tak kisah pun. Ecah tak paksa kekeke. Lagipun ecah update entri ni pun sesaje ja sebab bosan lel .





                                         



                                         




Sebenarnya dorang ada banyak lagi music video. Tapi ecah just bagi top 3 music video yang paling ecah suka. Tapi music video yang paling latest, video yang nombor dua tu. Kalau nak tengok lagi music video pasal dorang, boleh la search di Youtube je la yea. Hahaha. Btw, bias ecah kat dalam tu Woohyun. Dulu dia ultimate bias ecah tapi sekarang ub (ultimate bias) ecah dah bertukar kepada myungsoo :p Muahaha

Okey la just setakat ni jea yang boleh ecah taip. Insya Allah lain kali ecah akan update lagi. Tapi tak adalah update selalu pasal Korea je kan. Sekali-sekala je. Malas nak terlalu obses cite pasal dorang kat sini. Lagipun ecah nak kurangkan sikit slow2 dalam berfangirling. Exam dah nak dekat. Lebih baik concetrate dalam pelajaran je emm.


Okbye!!





welcome back from long hiatus .



                 




                                         Assalamualaikum n annyeonghaseyo gaiss.


[21Jun2015] Finally, I'm back from long hiatus . Seriously, dah lama tak bukak blog ni. Nak menaip pun rasa terkial-kial. Kat berapa bulan dah aku berhenti main blog ni. Maybe dah bersawang? And I'm bet ramai yang dah lupakan teratak  ni hahahaha. Kalau korang perasan , aku dah tukar template blog ni jadi white-black gitu kehkeh. Nak cari kelainan yang baru lah katekan. Tapi aku rasa simple ja kot lol. Tak ada apa yang menarik.

Sedar tak sedar, aku dah jadi budak calon PT3. Memang susah jugak ah jadi budak PT3 ni tapi nak buat macam mana. Kerajaan dah tetapkan macam tu, , aku ikut je la ann. Dunia sekarang makin lama makin mencabar. Tak tau lah macam mana nasib aku tahun-tahun yang akan datang. Susah ke aku nanti? Senang ke aku nanti? Kita tak dapat nak jangka. Tapi apa yang paling penting, kena selalu tuntut ilmu dari sekarang. Biar  kita jadi orang yang berilmu .

Aku cakap lebar-lebar pun, macamlah aku ni rajin sangat menuntut ilmu kehkehkeh. Idk y, aku rasa prestasi aku dalam exam sekarang makin lama makin menurun .Especially, Math and SC. Perghh~ dapat je result PPT tahun ni memang nak nanges. Ada dua subjek yang failed. Math and SC ler apa lagi . Naik lemah semangat jugak aku dibuatnya. Nak buat macam mana, tawakkal je la. Study pun sekarang sambil lewa je aku rasa. Tak ada kesedaran langsung!

Kepala pulak makin pening memikirkan pasal kerja kursus GEO untuk PT3 ni. Aku harap la dapat A untuk subjek tu. Kalau tak dapat A memang rugi ah. Nak cari bahan lagi. Snap beberapa gambar lagi. Aku rasa tajuk kerja kursus kali ni lagi susah kot daripada tahun yang lepas punya. Setahu aku, tajuk kursus GEO yang tahun lepas pasal pencemaran air, udara dengan bau. Emm, tajuk untuk tahun 2015 pulak pasal kegiatan ekonomi.

Kira batch tahun lepas untung ah dapat pasal tajuk pencemaran tu. Tapi, nak buat macam mana, nak tak nak kena buat jugak huuu. Menangis tak berlagu la macam tu. Stay strong PT3 candidate. Baru aku faham perasaan PT3 tahun lepas. Mesti kelam kabut ann. Hahahaha. Budak batch tahun ni pun aku rasakelam kabut jugak. Kenkadang rasa kesian kat kenkawan yang tak ada internet kat rumah. Macam mana ah dorang nak buat kerja kursus . Sumber internet je la satu-satunya tempat kami semua bergantung buat kerja hahahaha.

Sekarang pun, aku rasa kena kurangkan main internet. Berkpop-kpop bagai semua kena kurangkan. Lagipun periksa makin lama makin dekat kehkehkeh. Lepas habis puasa je kena hadap dengan peperiksaan percubaan pulak. Sekejap je masa sekarang. Pejam celik pejam celik dah nak dekat PT3. Harap sangat dapat score semua subjek. Aduh. Kalau la aku failed. Memang susah la nanti tahun depan nak mintak kelas aliran sains.

Btw, korang punya puasa tahun ni okey tak? Alhamdulillah aku okey ja. Tapi tak sampai tengahari dah start lapar. Hahahaha. Baru berpuasa , memang lah camtuh kan. Nanti makin lama makin jadi biasa la. Time Ramadan ni la satu-satunya peluang keemasan untuk kita rebut banyak pahala. Time Ramadan ni jugak la, masa untuk kita dekat-dekatkan lagi dengan ALLAH S.W.T . Aku rasa, start daripada sekarang ni aku dah kena banyak buat solat hajat . Banyak berdoa kat DIA semoga aku dapat peroleh kejayaan dalam PT3. Buat secara istiqamah.

Doa-doakan aku supaya aku boleh lakukan tu semua. Doakan aku jugak supaya aku berjaya dalam PT3. Emm, k la sampai setakat ni je kut aku dapat menaip. Sorry ah kalau entry ni terlalu panjang hahahaha. Rasa bersemangat pulak nak menaip. Apa-apa pun, selamat menyambut bulan puasa gaiss! And tak lupa selamat menyambut hari raya :p Aku tau , terlalu awal untuk ucap selamat hari raya XD
Terlampau excited nak sambut raya la katekan  XD


Adios !



10 Reasons To Smile.


                                 10 Reasons To Smile




 10 Reasons why we need to smile.



01. It makes you attractive.

02. It changes your mood.

03. It is contagious.

04. It relieves stress.

05. It boosts your immune system.


06. It lowers your blood pressure.


07. It releases endorphin.

08. It lifts the face and make you look younger.

09. It makes you seem succesful.

10. It helps you stay postive.





10 Sebab Kenapa Kita Perlu Senyum




01. Ia membuat anda menarik. 

02. Ia mengubah mood anda. 

03. Ia berjangkit. 

04. Ia melegakan tekanan. 

05. Ia meningkatkan sistem imun anda. 

06. Ia merendahkan tekanan darah anda. 

07. Ia membebaskan endorphin. 

08. Ia mengangkat muka dan membuat anda kelihatan lebih muda. 

09. Ia menjadikan anda kelihatan berjaya. 

10. Ia membantu anda kekal postive.



Khasiat Buah Kurma.


                                 




Khasiat buah kurma :-



1) Paling pantas diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air
Hadis riwayat Ahmad
Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.
2)  Kaya dengan serat dan potassium
Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.
Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.
3)  Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.
Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”
Surah Maryam, ayat 25
Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).
5) Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”
6) Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
7) Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.

Jom makan buah kurma? Buah kurma banyak khasiat yang beri faedah kepada tubuh badan kita.



                                           Sumber : 7 Khasiat Kurma yang Mungkin Anda Tidak Tahu




Kelebihan Segelas Air Kosong.



                     
                     





*1 Gelas air di minum sebaik bangun dari tidur :: membantu pengaktifan organ dalaman

*1 Gelas air di minum selepas mandi :: membantu mengurangkan tekanan darah rendah

*1 Gelas air di minum sebelum makan :: membantu sistem penghadaman

*1 Gelas air di ambil sebelum tidur :: Mampu mengelakkan strok dan serangan jantung pada waktu malam



Ibu, Ayah & Pokok Epal.




Credit story to cahayadarisyurga.
 .
.
.
Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.
"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang.
Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan." Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

.
.
.
.
.
.
Masa berlalu... Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.
Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.
Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

.
.
.
 .
.
.
Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.
"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.
"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

.