welcome back from long hiatus .



                 




                                         Assalamualaikum n annyeonghaseyo gaiss.


[21Jun2015] Finally, I'm back from long hiatus . Seriously, dah lama tak bukak blog ni. Nak menaip pun rasa terkial-kial. Kat berapa bulan dah aku berhenti main blog ni. Maybe dah bersawang? And I'm bet ramai yang dah lupakan teratak  ni hahahaha. Kalau korang perasan , aku dah tukar template blog ni jadi white-black gitu kehkeh. Nak cari kelainan yang baru lah katekan. Tapi aku rasa simple ja kot lol. Tak ada apa yang menarik.

Sedar tak sedar, aku dah jadi budak calon PT3. Memang susah jugak ah jadi budak PT3 ni tapi nak buat macam mana. Kerajaan dah tetapkan macam tu, , aku ikut je la ann. Dunia sekarang makin lama makin mencabar. Tak tau lah macam mana nasib aku tahun-tahun yang akan datang. Susah ke aku nanti? Senang ke aku nanti? Kita tak dapat nak jangka. Tapi apa yang paling penting, kena selalu tuntut ilmu dari sekarang. Biar  kita jadi orang yang berilmu .

Aku cakap lebar-lebar pun, macamlah aku ni rajin sangat menuntut ilmu kehkehkeh. Idk y, aku rasa prestasi aku dalam exam sekarang makin lama makin menurun .Especially, Math and SC. Perghh~ dapat je result PPT tahun ni memang nak nanges. Ada dua subjek yang failed. Math and SC ler apa lagi . Naik lemah semangat jugak aku dibuatnya. Nak buat macam mana, tawakkal je la. Study pun sekarang sambil lewa je aku rasa. Tak ada kesedaran langsung!

Kepala pulak makin pening memikirkan pasal kerja kursus GEO untuk PT3 ni. Aku harap la dapat A untuk subjek tu. Kalau tak dapat A memang rugi ah. Nak cari bahan lagi. Snap beberapa gambar lagi. Aku rasa tajuk kerja kursus kali ni lagi susah kot daripada tahun yang lepas punya. Setahu aku, tajuk kursus GEO yang tahun lepas pasal pencemaran air, udara dengan bau. Emm, tajuk untuk tahun 2015 pulak pasal kegiatan ekonomi.

Kira batch tahun lepas untung ah dapat pasal tajuk pencemaran tu. Tapi, nak buat macam mana, nak tak nak kena buat jugak huuu. Menangis tak berlagu la macam tu. Stay strong PT3 candidate. Baru aku faham perasaan PT3 tahun lepas. Mesti kelam kabut ann. Hahahaha. Budak batch tahun ni pun aku rasakelam kabut jugak. Kenkadang rasa kesian kat kenkawan yang tak ada internet kat rumah. Macam mana ah dorang nak buat kerja kursus . Sumber internet je la satu-satunya tempat kami semua bergantung buat kerja hahahaha.

Sekarang pun, aku rasa kena kurangkan main internet. Berkpop-kpop bagai semua kena kurangkan. Lagipun periksa makin lama makin dekat kehkehkeh. Lepas habis puasa je kena hadap dengan peperiksaan percubaan pulak. Sekejap je masa sekarang. Pejam celik pejam celik dah nak dekat PT3. Harap sangat dapat score semua subjek. Aduh. Kalau la aku failed. Memang susah la nanti tahun depan nak mintak kelas aliran sains.

Btw, korang punya puasa tahun ni okey tak? Alhamdulillah aku okey ja. Tapi tak sampai tengahari dah start lapar. Hahahaha. Baru berpuasa , memang lah camtuh kan. Nanti makin lama makin jadi biasa la. Time Ramadan ni la satu-satunya peluang keemasan untuk kita rebut banyak pahala. Time Ramadan ni jugak la, masa untuk kita dekat-dekatkan lagi dengan ALLAH S.W.T . Aku rasa, start daripada sekarang ni aku dah kena banyak buat solat hajat . Banyak berdoa kat DIA semoga aku dapat peroleh kejayaan dalam PT3. Buat secara istiqamah.

Doa-doakan aku supaya aku boleh lakukan tu semua. Doakan aku jugak supaya aku berjaya dalam PT3. Emm, k la sampai setakat ni je kut aku dapat menaip. Sorry ah kalau entry ni terlalu panjang hahahaha. Rasa bersemangat pulak nak menaip. Apa-apa pun, selamat menyambut bulan puasa gaiss! And tak lupa selamat menyambut hari raya :p Aku tau , terlalu awal untuk ucap selamat hari raya XD
Terlampau excited nak sambut raya la katekan  XD


Adios !